Ahad, 15 Februari 2009 at 12:11 AM | In 130558 | Leave a Comment

Dengan Rasminya Saya Mengumumkan …

Blog ini telah berpindah ke http://lukhmanyusufi.blogspot.com/

Memalukan

Jumaat, 13 Februari 2009 at 8:53 PM | In Kehidupan Seharian | 2 Comments

Sebentar tadi, saat masuknya waktu solat Isyak, saat itulah saat yang paling memalukan dalam sejarah hidup saya. Cukup memalukan…

Dua orang kanak-kanak: Aidel dan Azrol telah diarahkan oleh Sarjan Ramlee untuk diajar cara azan dan iqamat oleh saya. Maka, dengan mengorbankan masa (yang sepatutnya diguna untuk menyediakan tazkirah sempena Hari Rohani), saya mengajar kedua-dua kanak-kanak tersebut. Itu beberapa hari yang lalu.

Hari ini, mereka kelihatan telah menghafaz benar azan dan iqamat. Hanya belum disuruh melakukan praktikal. Continue reading Memalukan…

Agama

Jumaat, 13 Februari 2009 at 6:40 PM | In Isu Semasa, Kehidupan Seharian, Kehidupan di Sekolah | Leave a Comment

Hari ini merupakan hari Jumaat, 13 Februari 2009. Kalau mengikut kepercayaan (karut) Barat, 13 haribulan adalah tarikh yang sangatlah malang, lebih-lebih lagi jika ia jatuh pada hari Jumaat. Walau apa-apa pun, ianya hanyalah kepercayaan karut, kerana TUHAN tidak pernah menjadikan apa-apa ciptaannya membawa malang kepada hamba-hambaNYA.

Oh ya, terlupa pula. 13 Februari merupakan tarikh lahir bagi Lester anak Remus, seorang pelawak tetap di kelas 5A. Happy Birthday, Lester!

BUDAYA HADIAH HARI KEKASIH

“Kalau nak jadi penduduk bandaraya, kenalah hidup seperti orang Barat.” Kenyataan tersebut muncul kembali di dalam minda saya hari ini. Ya, setelah melihat ramai rakan sekelas saya menerima hadiah sempena Hari Kekasih (Memandangkan pelajar St. Joseph tidak bersekolah esok hari, maka pemberian sempena Hari Kekasih untuk mereka dilakukan hari ini).

Continue reading Agama…

Pengalaman

Khamis, 12 Februari 2009 at 5:28 PM | In Kehidupan Seharian, Kehidupan di Sekolah | 4 Comments

Seingat saya, saya mula menyertai Majlis Tadarus al-Quran (MTAQ) semasa saya berumur 9 tahun. Dua tahun untuk kategori hafazan sekolah rendah, kemudian dua tahun untuk kategori tilawah al-Quran sekolah rendah. Semasa saya mula-mula berada di SMK St. Anthony pula, saya telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam bahagian Syarahan Agama sebelum berpindah ke bidang hafazan al-Quran tahun berikutnya.

Saya sebenarnya pada mula saya berasa ragu-ragu untuk mengambil dua acara dalam satu-satu masa, namun Ustaz Manaf telah memberi jaminan bahawa hal tersebut boleh diuruskan.

Bercakap tentang proses pengundian, saya masih ingat, semua peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan sehari sebelum MTAQ bermula. Continue reading Pengalaman…

Perkembangan Terkini

Khamis, 12 Februari 2009 at 3:36 PM | In Kehidupan Seharian, Kehidupan di Sekolah | Leave a Comment

Majlis Tadarus al-Quran (MTAQ) 2009 M / 1430 H untuk peringkat Bahagian akan berlangsung antara bulan Mac dan April. Dan untuk tahun ini, senarai surah-surah yang bakal diuji hafazan masih lagi sama seperti yang pernah diuji pada tahun 2008.

Saya telah menghafaz 6 daripada 8 surah yang disenaraikan. Kini tinggal Surah Yaasin (mengandungi 83 ayat) dan Surah al-Waqi’ah (mengandungi 96 ayat). Kini saya mungkin boleh menarik nafas sedikit lega keranan bebanan saya agak kurang.

(Memandang ke arah senarai tajuk syarahan agama bagi MTAQ 2009, sambil baru terfikir untuk menyediakan teks-teks syarahan).

Saya fikir saya belum boleh menarik nafas lega.

Demi Markah Kokurikulum

Rabu, 11 Februari 2009 at 5:16 PM | In Kehidupan di Sekolah | Leave a Comment

Sudah lama kiranya saya tidak mengemaskinikan blog ini. Ya, saya begitu sibuk – sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah, sibuk dengan mengajar kanak-kanak cara azan dan iqamat.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2009 M / 1430 H

Semalam, saya diarahkan oleh Ustaz Manaf untuk menemuinya semasa tamat kelas pada 12.45 tengah hari. Saya pun mengikutnya pergi ke bilik guru. Beliau sebenarnya hendak menyerahkan senarai surah-surah hafazan dan tajuk-tajuk syarahan kepada saya. Namun beliau telah terlupa membawanya. Jadi, saya dikehendaki untuk mendapatkannya daripada beliau hari ini.

Di rumah pula, saya terfikir, sekiranya saya peserta dari St. Joseph untuk bahagian hafazan al-Quran, siapa pula yang akan bertanding untuk bahagian syarahan agama? Lalu, timbul beberapa kemungkinan, dan di antara taakulan-taakulan tersebut, saya merasakan bahawa yang akan bertanding dalam kategori Syarahan Agama juga saya.

Continue reading Demi Markah Kokurikulum…

Puisi – ‘Rumah itu Sepi dan Sunyi’

Ahad, 8 Februari 2009 at 9:15 AM | In Puisi | Leave a Comment

Prayer Service

Jumaat, 6 Februari 2009 at 11:25 PM | In Kehidupan Seharian, Kehidupan di Sekolah, Luahan Perasaan | Leave a Comment

Maaflah kerana tidak mengupdatekan blog ini semalam. Saya sibuk menyediakan slide Surah Yaasin untuk tujuan prayer service pagi ini. Dengan menggunakan kemudahan perisian Al-Quran Mushaf Madinah al-Nabawiyah yang dicipta oleh Mujamma’ al-Malik Fahd li Tiba’ah al-Mushaf as-Syarif, saya berjaya menyediakan slide tersebut. Saya terpaksa menyemak kesahihan ayat di dalam slide itu, bimbang terlepas satu dua perkataan.

KHAT DAN KERTAS

Kini, saya telah mengetahui salah satu teknik dalam seni khat (kaligrafi Arab). Para jurukhat biasanya menggunakankertas jenis glossy (licin), dan kertas ini amat sukar ditemui di Kuching (sepanjang pemerhatian saya di kawasan terdekat).

Saya mendapat informasi ini dari Forum Seni Khat, sebuah forum alam maya yang dibina oleh al-Ustaz Abdul Baki, jurukhat dari Yayasan Restu.

Continue reading Prayer Service…

Rancangan Selepas SPM

Rabu, 4 Februari 2009 at 9:29 PM | In Kehidupan Seharian, Kehidupan di Sekolah | 3 Comments

Peperiksaan SPM hanya tinggal kurang daripada 10 bulan. Saya berasa masih tidak cukup persediaan untuk peperiksaan yang ‘bakal menentukan masa depan saya’. Namun, sudah kedengaran cakap-cakap daripada rakan setingkatan yang sedang memikirkan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan selepas SPM.

Hari ini, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Dari awal pagi tadi sehinggalah ke petang, hujan tidak berhenti-henti turun. Kadangkala, saya mula berasa kesejukan. Apabila saya memasuki perpustakaan sekolah yang berAC, kesejukan itu mencucuk tulang temulang saya. Macam berada di Iceland.

Continue reading Rancangan Selepas SPM…

Perubahan

Selasa, 3 Februari 2009 at 9:37 PM | In Kehidupan Seharian, Kehidupan di Sekolah, Luahan Perasaan | Leave a Comment

Hari ini, baru pertama kali saya melihat guru penasihat turut bersama para AJK dalam mesyuarat sesebuah persatuan atau kelab. Ya, itulah salah satu budaya di SMK St. Joseph (walaupun tak semua kelab atau persatuan buat sedemikian rupa). Selepas waktu sekolah, Ustaz Manaf meminta ahli jawatankuasa Josephian Islamic Pupil Association (ringkasannya JOSIPA) untuk membincangkan beberapa perkara.

Sebelum mesyuarat bermula, beliau meminta saya agar tinggal di kelas bersamanya kerana Ustaz ingin berbicara dengan saya mengenai sesuatu perkara. Saya dapat merasakan pasti beliau hendak menegur kelakuan saya atau benda lain. Macam-macam saya fikirkan. Namun, itu hanyalah satu tanggapan.

Agenda hari ini ialah untuk mengemaskinikan penyata perbelanjaan persatuan, menyediakan senarai ahli jawatankuasa dan juga merancang takwim aktiviti tahunan JOSIPA. Bermacam-macam aktiviti yang Ustaz curahkan semasa mesyuarat. Ada yang tidak terfikir oleh kami ketika mesyuarat yang lalu.

Continue reading Perubahan…

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.